KALENDAR PAINTBALL

2010 CALENDAR

Note: If anyone want to announce any paintball activity can send me an email and I will upload it here.
Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

24 July 2009

Persediaan Untuk Pertandingan

Ramai pemain paintball kini pasti menyedari bahawa My-NPL Sirkit ke 4 akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 dan 2 Ogos 2009. Sudah tentu pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian sedang membuat persiapan rapi untuk tournament tersebut.

Persiapan untuk seseorang atlet mangambil bahagian dalam sesuatu sukan termasuklah persediaan fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal. Pemberatan persediaan-persediaan ini bergantung pada masa atau fasa dalam peroidisasi latihan pasukan masing-masing.

Pada masa ini boleh dikatakan pasukan atau pemain sedang berada di dalam fasa pertandingan. Jadi pada masa ini pasukan hendaklah lebih menumpukan terhadapa persediaan taktikal dan psikologikal. Tidak ada gunanya membuat latihan teknikal yang banyak atau memperkenalkan kemahiran yang baru kerana ia akan menjejaskan performance kelak. Di samping itu, pemain hendaklah mengekalkan atau maintain tahap kecergasan, kerana sudahagak terlambat untuk melakukan latihan untuk meningkatkannya.

Salah satu aspek yang juga perlu diberikan penekanan ialah pemakanan. Setuju atau tidak pemakanan memainkan peranan yang penting dalam performance seseorang atlet. Ingat tak alasan yag diberikan oleh pasukan Sepak Takraw selepas tewas dalam kejohanan baru-baru ini. "Tidak mengambil sarapan pagi." Walaupun ianya satu alasan, tetapi sedikit sebanyak ada juga kebenarannya tetapi bukanlah sarapan pagi pada hari pertandingan. Ini kerana kesan pemakanan terhadap tubuh mengambil masa sebab makanan yang kita ambil itu perlu diproses dalam apa yang dipanggil sebagai Kitaran Krebb. Oleh itu makanan yang kita ambil yang mengandungi karbohidrat dan protin serta lain-lain nutrien pada hari perlawanan tidak banyak membantu dari segi membekalkan tenaga untuk hari tersebut. Tenaga yang digunakan adalah yang diambil dari ATP yang tersimpan dalam mitochondria hasil daripada pemecahan glukos. Oleh itu tabiat pemakanan yang baik khusus untuk pemain paintball hendaklah dipraktikkan mulai minggu ini. Apa yang kita makan pada hari perlawanan bersifat akan menampung kekosongan glukos yang telah digunakan sebagai tenaga.

Ini samalah juga dengan amalan memakan pisang pada hari perlawanan. Ia hanya memberikan kesan psikologikal kepada kita tetapi potassium dalam pisang itu akan menggantikan potassium yang telah sedia tersimpan dan digunakan semasa pertandingan.

Semasa pertandingan, pemain akan kehilangan banyak air melalui peluh dan juga pernafasan yang tinggi. Air ini perlu diganti dengan serta merta. Oleh itu pemain hendaklah minum air yang ada elektrolit kerana peluh itu juga mengakibatkan kelihangan elektrolit. Elak dari minum minuman bersirap kerana ia akan menganggu sistem darah dan penghantaran oksigen. Pankreas akan memberikan isyarat yang salah kepada tubuh dengan menghentikan pengeluaran insulin kerana ia mengesan sudah ada paras gula yang banyak dalam darah. Kurang meminum air juga akan menyebabkan kepekatan darah meningkat dan ini menjejaskan sistem penghantaran oksigen.

06 June 2009

Pemakanan Untuk Pemain Paintball

Pemakanan adalah merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian bagi pemain paintball yang serius. Paintball adalah satu aktiviti yang menggunakan kedua-dua tenaga aerobik dan juga anaerobik. Tenaga ini dihasilkan oleh tindakbalas kimia yang berlaku di dalam tubuh dan sumbernya adalah dari makanan. Jangan salah anggap bahawa tenaga yang anda gunakan adalah hasil daripada apa yang anda makan pada hari pertandingan. Ia satu kesilapan. Tenaga yang digunakan itu adalah hasil simpanan daripada makanan yang anda makan beberapa hari yang lalu. Ini kerana nutrien di dalam makanan terpaksa diproses dahulu oleh sistem pencernaan sebelum ditukarkan sebagai tenaga. Berikut beberapa video yang saya ambil dari internet (khususnya You Tube )untuk informasi kepada anda. Saya hanya ingin menasihatkan janganlah pula menerima info tersebut secara membuta tuli tetapi rujuk juga kepada pakar pemakanan. Kita tidak tahu sama ada "penceramah" yang muncul dalam video-video ini berkelayakan atau tidak.

27 May 2009

Anda Pengemar Minuman Dalam Tin? - Baca ini

Saya memperolehi maklumat ini dari sebuah blog dan ingin membantu menyebarkan bagi pengetahuan pelawat dan pembaca blog ini. Selepas satu permainan paintball tentunya dapat menyegarkan kembali badan dengan meneguk minuman sejuk dan biasanya ramai akan meneguk minuman dalam tin. Tidak ada salahnya tetapi minuman bergas (carbonated drinks) sebenarnya tidak baik diminum lebih-lebih lagi semasa sedang bersukan. Ini kerana minuman bergas ini mengandungi gas berkarbonat yang akan mempengaruhi darah dari segi penghantaran oksigen. Gas karbon ini menghalang oksigen dari diangkut oleh darah. 

Lihat gambarajah tentang Karbon Dioksida/ PenghantaranOksigen.

Tetapi apa yang saya nak sampaikan kepada pembaca ialah tentang kebersihan yang dihubungkait dengan minuman bertin dan mungkin juga lain-lain minuman yang dibeli di pasaraya atau kedai-kedai. 
Saya petik dari blog Ricky Kwan

This is serious! This incident happened recently in North Texas. A women went boating one Sunday taking with her some cans of Coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed  in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday. 

The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of Coke she drank from and not using a glass. Tests showed that the can was infected  by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis. 

Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to wash the upper part of all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned. 

A study at NYCU showed that the tops of all soda cans are more contaminated than public toilets, i.e, full of germs and bacteria. So wash them with water before putting then to the mouth to avoid any kind of fatal accident. 

Please forward this. 

Brought to you by: Paintball Guns
Powered By Blogger