Pemakanan adalah merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian bagi pemain paintball yang serius. Paintball adalah satu aktiviti yang menggunakan kedua-dua tenaga aerobik dan juga anaerobik. Tenaga ini dihasilkan oleh tindakbalas kimia yang berlaku di dalam tubuh dan sumbernya adalah dari makanan. Jangan salah anggap bahawa tenaga yang anda gunakan adalah hasil daripada apa yang anda makan pada hari pertandingan. Ia satu kesilapan. Tenaga yang digunakan itu adalah hasil simpanan daripada makanan yang anda makan beberapa hari yang lalu. Ini kerana nutrien di dalam makanan terpaksa diproses dahulu oleh sistem pencernaan sebelum ditukarkan sebagai tenaga. Berikut beberapa video yang saya ambil dari internet (khususnya You Tube )untuk informasi kepada anda. Saya hanya ingin menasihatkan janganlah pula menerima info tersebut secara membuta tuli tetapi rujuk juga kepada pakar pemakanan. Kita tidak tahu sama ada "penceramah" yang muncul dalam video-video ini berkelayakan atau tidak.
MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
6 years ago
No comments:
Post a Comment