KALENDAR PAINTBALL

2010 CALENDAR

Note: If anyone want to announce any paintball activity can send me an email and I will upload it here.

23 January 2011

Dragon Roses Tak Gentar Pasukan Lelaki

Sebuah atrikal mengenai pemain paintball wanita ditulis oleh NOR HUSAINI NOR MAJID yang disiarkan dalam MyMetro bertajuk Tak gentar pasukan lelaki. 

WALAUPUN sering digelar pasukan sayur atau botol kicap yang memperlekehkan kemampuan mereka, sekumpulan gadis tidak pernah patah semangat untuk terus berjuang menentang pasukan lelaki yang tampak lebih hebat.
Dragon Roses boleh diumpamakan seperti sejambak bunga mawar di luar padang, tetapi bertukar menjadi naga liar apabila beraksi di padang.
pix_middle
Kumpulan yang ditubuhkan pada 2008 oleh Persatuan Paintball Kedah (KPA) itu diwakili tujuh pemain wanita dari pelbagai latar belakang seperti guru tadika, pelajar, pembantu tadbir serta usahawan.

Pengurus pasukan yang juga pemain tengah pasukan Dragon Roses, Nurfadila Wahida atau lebih dikenali sebagai Dilla mula berjinak-jinak dengan sukan lasak paintball itu dengan mengikuti suami.


Sejak itu hatinya mula terpaut dengan permainan lasak dan tangkas itu, menyebabkan dia membuka perniagaan peralatan sukan itu.



Dilla berkata, dia bersama suami menjadi lebih aktif dalam sukan paintball selepas membuka kedai mereka beberapa tahun lalu.



"Sehingga kin saya menghabiskan lebih RM50,000 untuk sukan ini, termasuk pembelian peralatan seperti marker, palet serta pakaian. Selain itu, banyak duit digunakan untuk meningkatkan mutu pasukan seperti latihan dan makanan," katanya.


Sementara itu, kapten Dragon Roses, Nurshamira Shohaimi, 22, berkata disebabkan semua pemainnya wanita, pasukannya menghadapi banyak serangan mental daripada pasukan lawan.

Menurutnya, sebelum permainan bermula lagi pasukan lawan terutama yang semua ahlinya lelaki, melancarkan perang saraf untuk menjatuhkan semangatnya serta ahli Dragon Roses.


"Biasanya sebelum perlawanan bermula, pasukan lain menggelar kami sayur, lauk, kicap dan sebagainya untuk menjatuhkan semangat kami.



"Namun kami bukan sayur, lauk atau kicap yang boleh mereka ratah begitu saja apabila berdepan di padang," katanya.



Dia yang lebih mesra dengan panggilan Myra berkata, pasukannya lebih bersedia menghadapi serangan mental selain serangan ketika perlawanan.



"Jika kami tidak kuat daripada segi mental apabila diserang, pasti kami akan kalah sebelum perlawanan bermula lagi.



"Bagi kami, biarlah pasukan lain menyerang kami dengan pelbagai gelaran, yang penting ialah perlawanan dalam padang dan kami akan buktikan kami pasukan mantap serta kompetitif," katanya.


Seorang lagi ahli pasukan, Veerat a/p Senap yang masih belajar di Universiti Utara Malaysia mula terbabit dengan sukan paintball sejak 2008.



Veerat atau Vee berkata, sukan paintball juga sama seperti sukan lain di mana atlit perlu menjalani latihan secukupnya untuk menjadi pasukan digeruni.


Dia berkata, pasukannya berlatih keras setiap Sabtu dan Ahad untuk memantapkan teknik serta meningkatkan persefahaman di kalangan ahli.



"Setiap minggu kami berkumpul untuk latihan di tempat ditetapkan jurulatih. Latihan biasanya dimulakan dengan larian sejauh 2.4 kilometer (km) hingga tiga km untuk persediaan menghadapi pertandingan," katanya.



Veerat berkata, antara latihan paling digeruni setiap ahli pasukan ialah apabila perlu lari pecut dan mengelak ditembak jurulatih.



"Jurulatih menunggu di belakang dan mula menembak, kami pula perlu lari menyelamatkan diri seolah-olah ditembak musuh ketika perlawanan.



"Latihan ini lebih teruk daripada ketika bermain kerana sewaktu perlawanan, kami boleh menyorok di belakang bunker (tempat berlindung) tapi latihan ini dibuat di padang menyebabkan kami terpaksa sentiasa berlari," katanya.



Seorang lagi ahli pasukan, Siti Nurazimah Abd Rahim atau Axie berkata, selain latihan fizikal, mereka berlatih secara teknikal bagi meningkatkan kualiti pasukan serta kemantapan.


pix_topright
Antara latihan teknikal yang penting serta sering dititikberat ketika latihan ialah teknik bunkering (berlindung), sliding (gelongsor) serta diving (terjun).

"Teknik ini semua sangat penting kerana ketika perlawanan semua skil ini mesti digunakan untuk mengelak 'musuh' serta menyelamatkan diri daripada ditembak pemain lawan.

"Selain itu, latihan ini sangat penting kerana jika tidak dilatih dengan betul, ahli pasukan mungkin mengalami kecederaan ketika bermain, sekali gus menyebabkan kekalahan," katanya.

Selain itu, pasukan Dragon Roses turut berlatih strategi permainan seperti line view (garis penglihatan) serta line fire (garis tembakan).

"Line view penting kerana kita dapat tahu kedudukan lawan selain tahu ke arah mana untuk mensasarkan serangan, selain itu strategi yang betul membolehkan kita mendapat kelebihan melihat musuh.

"Sementara itu, line fire pula untuk mengetahui ke mana arah tembakan kerana ia dapat memberi tembakan efektif untuk mematikan musuh kerana palet tidak keluar dalam garis lurus," katanya.

Menurut Azie, pasukan Dragon Roses kini berusaha memantapkan serta meningkatkan mutu pasukan untuk mencapai tahap lebih tinggi pada 2011 serta melenyapkan gelaran sayur yang sering mereka terima.

>INFO
Paintball Format M5
> Masa permainan: 5 minit
> Padang: 60 meter x 40 meter
> Kelajuan palet: Tidak lebih 160 meter sejam
> Jumlah pemain: 5 orang
KIRAAN MATA:
> Ahli hidup: 2 mata / 10 mata
> Ahli mati: 4 mata / 20 mata
> Rampas Flag lawan: 30 mata
> Rampas flag serta bawa ke kubu sendiri: 50 mata

PROFIL
NAMA: Siti Nurazimah Abd Razak
NAMA PADANG: Axie
UMUR: 21 tahun
KELAB: Dragon Roses
POSISI: Tengah
KERJAYA: Guru tadika

PROFIL
NAMA: Nurshamira Shohaimi
NAMA PADANG: Myra
UMUR: 22 tahun
KELAB:Dragon Roses
POSISI: Penyerang sayap / Snake
KERJAYA: Juruteknik

PROFIL
NAMA: Nurfadila Wahida Radzi
NAMA PADANG: Dilla
UMUR: 28 tahun
KELAB: Dragon Roses
POSISI: Center
KERJAYA: Usahawan/ Pengurus Pasukan Dragon Roses

PROFIL
NAMA: Veerat a/p Senap
NAMA PADANG: Vee
UMUR: 21 tahun
KELAB: Dragon Roses
POSISI: Penyerang sayap
KERJAYA: Pelajar

Satu lagi artikal yang ada kaitan dengan paintball tersiar di dalam Kosmo, iaitu tentang Puteri bongsu KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Puteri Intan Safinaz yang mula berminat untuk manin paintball. Artikal yang ditulis oleh Norlida Akmar Idros ialah temubual beliau dengan Baginda Tuanku Puteri. Saya petikkan perenggan ringkas yang menyebut tentang penglibatan Baginda dengan permainan ini. 

 Mengenali lebih dekat puteri berjiwa rakyat ini, Tunku Puteri ada cara untuk mengisi masa lapang selepas penat melaksanakan tugas-tugas rasmi.
“Saya minat mengisi masa lapang dengan membaca, bermain golf, berbasikal dan yang terbaru, saya aktif dalam permainan paintball,” tuturnya.
Menurut Tunku Puteri, beliau masih baru dalam sukan itu.
“Saya tidaklah pandai sangat main paintball tapi ia memang menyeronokkan. Ia satu cara yang baik untuk berinteraksi dengan golongan remaja.
“Bagi saya, jika mahu memahami keperluan remaja, kita perlu melibatkan diri dengan mereka dalam sebarang aktiviti termasuk sukan,” katanya yang kini banyak membaca buku berkaitan sejarah negeri Kedah, kepimpinan, pertahanan serta ketenteraan.
Untuk benar-benar merasai keseronokan aktiviti ekstrem itu, tiada keistimewaan diberikan kepadanya walaupun bergelar kerabat diraja. Sebaliknya, permainan paintball itu berlangsung seperti biasa.
“Ada peserta yang tanya bolehkah tembak Tunku Puteri, saya kata boleh asalkan ikut peraturan. Apa lagi, habislah badan saya lebam-lebam terkena tembakan,” cerita beliau tersenyum.

No comments:

Post a Comment


Brought to you by: Paintball Guns