Ramai pemain paintball kini pasti menyedari bahawa My-NPL Sirkit ke 4 akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka pada 1 dan 2 Ogos 2009. Sudah tentu pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian sedang membuat persiapan rapi untuk tournament tersebut.
Persiapan untuk seseorang atlet mangambil bahagian dalam sesuatu sukan termasuklah persediaan fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal. Pemberatan persediaan-persediaan ini bergantung pada masa atau fasa dalam peroidisasi latihan pasukan masing-masing.
Pada masa ini boleh dikatakan pasukan atau pemain sedang berada di dalam fasa pertandingan. Jadi pada masa ini pasukan hendaklah lebih menumpukan terhadapa persediaan taktikal dan psikologikal. Tidak ada gunanya membuat latihan teknikal yang banyak atau memperkenalkan kemahiran yang baru kerana ia akan menjejaskan performance kelak. Di samping itu, pemain hendaklah mengekalkan atau maintain tahap kecergasan, kerana sudahagak terlambat untuk melakukan latihan untuk meningkatkannya.
Salah satu aspek yang juga perlu diberikan penekanan ialah pemakanan. Setuju atau tidak pemakanan memainkan peranan yang penting dalam performance seseorang atlet. Ingat tak alasan yag diberikan oleh pasukan Sepak Takraw selepas tewas dalam kejohanan baru-baru ini. "Tidak mengambil sarapan pagi." Walaupun ianya satu alasan, tetapi sedikit sebanyak ada juga kebenarannya tetapi bukanlah sarapan pagi pada hari pertandingan. Ini kerana kesan pemakanan terhadap tubuh mengambil masa sebab makanan yang kita ambil itu perlu diproses dalam apa yang dipanggil sebagai
Kitaran Krebb. Oleh itu makanan yang kita ambil yang mengandungi karbohidrat dan protin serta lain-lain nutrien pada hari perlawanan tidak banyak membantu dari segi membekalkan tenaga untuk hari tersebut. Tenaga yang digunakan adalah yang diambil dari ATP yang tersimpan dalam mitochondria hasil daripada pemecahan glukos. Oleh itu tabiat pemakanan yang baik khusus untuk pemain paintball hendaklah dipraktikkan mulai minggu ini. Apa yang kita makan pada hari perlawanan bersifat akan menampung kekosongan glukos yang telah digunakan sebagai tenaga.
Ini samalah juga dengan amalan memakan pisang pada hari perlawanan. Ia hanya memberikan kesan psikologikal kepada kita tetapi potassium dalam pisang itu akan menggantikan potassium yang telah sedia tersimpan dan digunakan semasa pertandingan.
Semasa pertandingan, pemain akan kehilangan banyak air melalui peluh dan juga pernafasan yang tinggi. Air ini perlu diganti dengan serta merta. Oleh itu pemain hendaklah minum air yang ada elektrolit kerana peluh itu juga mengakibatkan kelihangan elektrolit. Elak dari minum minuman bersirap kerana ia akan menganggu sistem darah dan penghantaran oksigen. Pankreas akan memberikan isyarat yang salah kepada tubuh dengan menghentikan pengeluaran insulin kerana ia mengesan sudah ada paras gula yang banyak dalam darah. Kurang meminum air juga akan menyebabkan kepekatan darah meningkat dan ini menjejaskan sistem penghantaran oksigen.