KALENDAR PAINTBALL

2010 CALENDAR

Note: If anyone want to announce any paintball activity can send me an email and I will upload it here.

19 July 2009

Latihan Adaptasi Gelanggang

Minggu lepas pasukan yang aku wakili Yakuza telah mengadakan satu lagi latihan sebagai persiapan untuk mengambil bahagian dalam My-NPL sirkit keempat yang akan berlangsung di Dataran Mahkota, Melaka. Sikrit ini merupakan kali kedua Yakuza mengambil bahagian setelah tidak menyertai sirkit 2 dan3 di Johor Bharu dan Kuantan.

Pertandingan di Melaka merupakan satu pertandingan yang penting buat Yakuza kerana ia boleh dijadikan langkah ke arah memperbaiki ranking sebelum tibanya sirkit kelima di Petaling Jaya kelak. Memperbaiki ranking adalah penting kerana ia akan merealisasikan harapan untuk bermain dalam Division 3 di tahun 2010. Sekurang-kurangnya Yakuza boleh mencipta nama dan menjadi pasukan yang disebut-sebut dan bukannya sekadar memasukki permainan secara tengelam timbul.

Pada latihan yang lepas beberapa orang pelajar dari HELP juga turut berlatih dan mereka merupakan kali pertama bermain paintball. Semoga kehadiran mereka itu akan meramaikan lagi pemain sukan lasak ini.

Tumpuan latihan pada hari itu ialah menyusun strategi kerana bunker pada padang yang kami gunakan sudah disusun mengikut keadaan sebenar di Melaka nanti. Ia merupakan satu peluang yang baik dari segi visualisasi pergerakan. Pemain tidak perlu lagi membuat visualisasi dalam minda bagaimana hendak bergerak kerana kami sudah pun menyusun bunker dan laluan yang akan digunakan oleh setiap pemain.

Dalam sukan melatih dalam keadaan sebenar adalah satu kelebihan. Ia merupakan satu latihan berbentuk adaptasi gelanggang. Pasukan-pasukan yang akan bermain di Melaka nanti sepatutnya mengambil kesempatan berlatih di Astaka ini sebagai penyesuaian. Sekurang-kurangnya kami sudah boleh nampak pergerakan masing-masing.

Yakuza merancang satu lagi latihan sebelum bermain di Melaka.

No comments:

Post a Comment


Brought to you by: Paintball Guns
Powered By Blogger