Performance kat Melaka buat diriku agak hambar. Aku tahu permainan dalam 4 game yang aku terlibat tidak seperti yang diharapkan. Macam biasa semua game main back left. Ini kerana aku kidal. Sudah pasti selesa berada di sebelah kiri dan tugas aku untuk lane pada flank. Selalunya untuk jaga snake atau dorito.
Berbeza semasa main dalam circuit pertama, di mana aku merupakan antara player yang boleh dikatakan sebagai last standing man tetapi kat Melaka ni aku orang pertama yang eliminated. Beberapa game tidak sempat isi loader, dah kena hit. Masa kat circuit pertama dulu, ada juga sekali aku dapat capture flag, tetapi memandangkan dayatahan tidak begitu tinggi pasa masa itu, aku terpaksa serahkan flag kepada player lain untuk lari balik ke starting gate dan hang. Tapi puas, kerana dapat mengambil flag pihak lawan.
First game main dengan Sniper. Posisi biasa, main left back dalam field 3 dan mengawal lane dorito. Inilah game aku yang paling baik kerana dapat eliminate right back lawan pada mirror temple aku. Game pertama Yakuza menang.
Second game menentang Jackals, aku tidak main.
Third game main dengan Ying Yang juga di Field 3. Kali ini pasukan aku tidak bernasib baik. Sedang aku hendak isi loader, tiba-tiba ref datang dan memberitahu 3 on one. Alamak, game belum pun sampai 5 minit dah kena keluar. Rupa-rupanya kena penalize sebab salah seorang pemain dikatakan cuba mengesat paint, walhal dia memeriksa kesan terkena tembakan pellet. Pasukan Ying Yang pun terkejut kerana game habis terlalu awal dan mereka datang tanya apa yang terjadi. Ini kerana pasukan Ying Yang dan pasukan aku Yakuza telah skirmish bersama beberapa kali dan mereka juga tahu kekuatan pasukan kami. Jadi apabila game tamat terlalu awal mereka pun terkejut.
Yakuza tewas lagi game keempat. Sorry tak ingat nama pasukan yang kami lawan. Nantilah kalau dapat maklumat akan update. Kami menang game ini. Untuk game kelima dan keenam, kami terpaksa main back to back. Selesai game ke lima, terus dipanggil utuk game keenam.
Satu kepuasan bagi kami ialah dapat main di center court untuk last game. Bagi kami main kat center court macam satu penghormatan sebab kat field ni, diberikan kepada Div 1 dan Div 2. Untuk game ini Yakuza mendapat tips dari Shamin kerana mereka main kat sini. Aku juga dapat tip yang istemewa kerana aku ditugaskan menjaga snake. Game on, aku terus ke temple dan berkubu di situ. Selepas mengisi loader, tup-tup tangan aku terkena hot. Out. Alamak. So left sudah roboh, dan kapten masuk ambil alih. Dia pun kena hot masa berada di snake. Kami tewas.
Keputusannya Yakuza hanya menang dua perlawanan sahaja dan tidak mencukupi mata untuk mara ke sweet 16. Kami hanya menduduki tempat ke 22 daripada 31 pasukan. Satu kemerosotan dari segi pencapaian kali ini.
Walaupun tewas, kekeciwaan aku sedikit terubat kerana diinterview oleh satu pasukan produksi yang aku diberitahu dari pbextreme.tv. Maybe kerana aku pemain paling veteran pada masa itu menyebabkan mereka memilih. Sememangnya mereka memberitahu bahawa cameraman akan ikut aku pada keesokannya tetapi malang, pasukan kami tidak dapat mara ke pusingan seterusnya.
Tahniah kepada My NPL kerana penganjuran yang lancar dan berjaya khususnya kepada tournament director, En. Sofian yang suaranya boleh kedengaran sepanjang tournament.
Kpd organiser, cuma satu yang aku rasa kurang selesa. Enforcement DI LARANG MEROKOK tidak dilaksanakan dengan tegas. Berdasarkan pengalaman sewaktu event pertama dahulu, players dilarang merokok di players paddock dan disediakan di tempat khas untuk mereka agar tidak menganggu keselesaan pemain yang tidak merokok. Pada waktu itu aku rasa cukup selesa berada dalam players paddock. Kali ini aku dapati pemain boleh merokok dengan bebas di players paddock dan juga officials / crew ada yang merokok di dalam kawasan persediaan.
Tobacco and sports does not match. Adalah hak bagi individu hendak merokok tetapi kenalah juga bertimbang rasa dengan mereka yang tidak merokok.
Keputusan di Melaka Di SINI.
well..practice makes perfect.
ReplyDeleteSad to know ur team got 341...but for surely u do better next time...so..for WCA u guys competing also rite?
we haven't decided whether going to play at WCA or not. Either way, I will be there cos the venue is just 5 minutes away from my house on motorbike.
ReplyDeletenice write up unclezee =)i'm still waiting for photos from ego so i can update one lump sum.
ReplyDeletehmm.. semangat yakuza is still there, we wouldn't just give up bcoz of this league right, i'm sure we can do better in next league! =)
Go for the next one!! You'll only get better.
ReplyDeleteyk