KALENDAR PAINTBALL

2010 CALENDAR

Note: If anyone want to announce any paintball activity can send me an email and I will upload it here.

26 February 2010

Malaysian Paintball Federation

Satu sesi Pendengaran awam telah diadakan di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara pada 25 Februari 2010. Sesi tersebut ialah untuk mendapatkan persetujuan dari pengiat sukan paintball apabila pejabat Pesuruhjaya Sukan menolak permohonan pendaftaran Malaysian Paintball Association dan Malaysian Paintball Federation.

Selepas pembentangan oleh kedua-dua pihak bagi meraih sokongan agar para pengiat paintball memilih pertubuhan mereka sebagai badan yang memayungi sukan paintball, akhirnya hadirin bersetuju untuk memilih nama Malaysian Paintball Federation tetapi menolak Jawatankuasa yang diccadangkan oleh MPF. Sebaliknya kesemua wakil dari negeri yang hadir dan juga kelab-kelab paintball yang mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan dilantik untuk menduduki Jawatankuasa Pro tem MPF. Senarai Jawatankuasa Pro-tem ialah:

Pengerusi : Tn. Hj. Amirul (CMX Paintball Club)
Timb. Pengerusi: En. Paul Y Lam 
Naib Pengerusi 1 : En. Affendi (Johor PB Assoc.)
Naib Pengerusi 2 : En. Dean CK Lau (Tanamera PB Club)
Naib Pengerusi 3 : En. Redza (Xtion PB Club)
Setiausaha           : En. Wong YP
Bendahari            : En. Jasni (Kedah PB Association)
AJK                    : Semua wakil daripada 31 kelab dan pertubuhan yang berdaftar dengan PPS.

Maklumat JK ini diambil dari FB Hank Moody. 

Brought to you by: Paintball Guns
Powered By Blogger